SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
DUA2012
TAJUK : “KESAN
RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL” . JELASKAN ISU INI MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
DAN PERSPEKTIF SAINS.
NAMA
|
NO MATRIK
|
NUR AMIRA AFIQAH BINTI AZMI
|
02DKM17F1020
|
AZNI AMIRAH BINTI MAT JANI
|
02DKM17F1036
|
NUR FARHANA BINTI BAHARIN
|
02DKM17F1076
|
MOHAMAD FAIEZ BIN ROSI @ MOHD RADZI
|
02DKM17F1003
|
KELAS : DKM2C
NAMA
PENSYARAH :
MOHD NOOR ZAIDI MUHD ZAWAWI
ISI
KANDUNGAN
- PENGHARGAAN
- PENGENALAN
- DEFINISI ALAM SEKITAR
- DEFINISI KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
-MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
-MENGIKUT PERSPEKTIF SAINS - ISI
-PUNCA
-KESAN
-LANGKAH-LANGKAH - KESIMPULAN
- LAMPIRAN
- SUMBER RUJUKAN
PENGHARGAAN
Alhamdullilah,
bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan folio ini dengan jayanya.
Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan
sebahagian daripada kerja khusus subjek.
Sekalung
penghargaan untuk guru subjek saya, EN. MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
kerana kerana memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya.
Seterusnya, terima
kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada
saya sepanjang folio ini disiapkan.
Jutaan terima kasih
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan memberikan
tunjukajar kepada saya. Bantuan kalian mengenai projek folio ini amat saya
hargai.dan tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima
kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atautidak
langsung sepanjang projek saya dijalankan ini.
PENGENALAN
Dalam
usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat
dielakkan,manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul
akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek -projek pembangunan.Kesan-kesan
negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin
mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang
teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber
ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan
ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah
diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.
Pencemaran
boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari
aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah
menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga
menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan
awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
DEFINISI
ALAM SEKITAR
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris
disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh
itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam
sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena
fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini
termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia
lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu
istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap
aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan
aktiviti manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya
menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh
mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat
memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi
menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang
dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah
berupaya dipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun
ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan
tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan
ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi
mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedah atau
langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar
dengan berkesan.
DEFINISI KESAN
RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL MENGIKUT PANDANGAN ISLAM.
Alam
semesta adalah tanda terbesar kewujudan Allah. Manusia dan alam semesta adalah
ciptaan Allah yang hebat. Oleh itu manusia harus melihat alam ini sebagai
sebahagian daripada diri mereka dalam erti kata lain mereka mestilah bersikap
baik terhadapnya. Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah
ayat 164 yang bermaksud “sesungguhnya dalam penciptaan langit
dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar dilaut
membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit
berupa air, lalu air itu Dia hidupkan sesudah mati(kering)nya dan Dia sebarkan
di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan
antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran
Allah bagi kaum yang memikirkan”.
DEFINISI KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN
GLOBAL MENGIKUT PERSPEKTIF SAINS.
Dari sudut pemodenan, terbukti bahawa
teknologi membantu manusia dalam banyak perkara, tetapi penggunaan teknologi
yang melampau akan mewujudkan kesan yang tidak baik kepada bumi. Namun
begitu, kempen Earth Hour merupakan contoh salah satu
inisiatif yang dilakukan di seluruh dunia sebagai salah satu langkah untuk
memberi kesedaran tentang bahaya kesan gas rumah hijau yang mengancam iklim
dunia. Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara
diseluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu
acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu minggu terakhir bulan Mac
setiap tahun selama satu jam dari 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
Menurut sumber AFP, pengasas Earth
Hour, Andy Ridley, yang mengaku bahawa ia sekadar tindakan simbolik,
"Ia hanyalah sejam, sehari, setahun. Kita tidak menyelamatkan bumi dengan
memadamkan lampu untuk tempoh sesingkat itu. Apa yang anda lakukan adalah
menambah suara anda kepada desakan sedunia untuk menyelamatkan bumi
ini.” Laporan dari News Stait Times pada 25 Mac lalu, Pengarah eksekutif Earth Hour itu
menyatakan sasaran kempen ini ialah bagi mengurangkan pelepasan gas
karbon dioksida tahunan danmengimbangi pencemaran bahan
api fosil-sendiri sekaligus mengawal fenomena pemanasan
global.
Kempen Earth Hour yang
diadakan di seluruh dunia telah mendapat sambutan yang semakin menggalakkan
setiap tahun. Malaysia adalah antara 126 negara yang turut terlibat dengan
kempen ini. Kewajaran anjuran pihak World Wildlife Fund yang bermotifkan
menggalakkan penduduk dunia berhenti menggunakan eletrik selama 60minit telah
mendapat sambutan yang semakin meningkat pada setiap tahun.
Antara mercu tanda di Malaysia yang
terlibat adalah Putra World Trade Centre (PWTC), Menara Berkembar Petronas,
Pusat membeli-belah Suria KLCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra
Malaysia (UPM), National Planetarium, Stesen Sentral Kuala Lumpur, Hotel Tune,
Menara Kuala Lumpur dan Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid telah menyokong
program Earth Hour ini.
APA
ITU RUMAH HIJAU ?
Rumah
hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau
plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal. Haba dari
cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan
tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara di dalamnya turut
dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada bangunan ini.
Bangunan
ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam industri asas tani,
misalnya, ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelabagai peralatan
moden bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau
plastik yang digunakan pula bekerja sebagai bahan perantaraan yang membenarkan
perpindahan (atau "pembebasan") sinaran pada frekuensi tertentu.
Kesannya ialah, tenaga yang masuk "dijerat" di dalamnya untuk
memanaskan tanaman, dan tidak boleh keluar bebas daripada rumah hijau ini.
PUNCA
KESAN RUMAH HIJAU.
Kesan
rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara
semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang
membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat
petir juga memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan
berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap daripada kenderaan
dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan pendingin
hawa yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.
KESAN
RUMAH HIJAU.
Kesan
rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki
ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan
rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan
kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih
teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di
kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras
laut.Selain itu, banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan.
Seterusnya, kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah.
Akhir sekali, menjejaskan pergerakan
tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana tumbuhan tertentu
(pengeluar) mati.
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN RUMAH HIJAU.
Antara
kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan
tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak
menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan.
APA ITU PEMANASAN GLOBAL?
Pemanasan
global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas
rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi
daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan
bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan
bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon
monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain.
Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di
kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan
perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.
PUNCA
PEMANASAN GLOBAL
Kita
sering melihat kesan pencemaran alam yang banyak berlaku pada masa ini. Keadaan
ini sudah berubah jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu iaitu udaranya
lebih nyaman serta keadaan cuaca yang tidak terlalu panas. Perkara ini
membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan selesa. Walau bagaimanapun,
keadaan bumi pada masa kini yang terlalu panas telah memberikan kesan negatif
kepada kehidupan manusia dan juga alam sekitar. Hal ini diibaratkan seperti
manusia hidup di dalam balang kaca yang panas. Oleh hal yang demikian,
masyarakat seharusnya tahu punca-punca yang menyebabkan pemanasan global ini
berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menaganinya. Terdapat banyak punca
yang menyebabkan pemanasan global, antaranya
perkara itu disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal di
dunia ini. Hal ini demikian kerana perkara yang sering kita lihat yang
melibatkan aktiviti manusia seperti penerokaan hutan dan pertanian pindah.
Mereka membakar kawasan yang telah dijadikan kawasan pertanian untuk dijadikan sebagai
baja organik dan mereka membuka pula pertanian baharu di kawasan lain untuk
mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak. Namun begitu, secara tidak
langsung pembakaran tersebut telah menyebabkan haba terperangkap di udara dan
akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.
Selain
itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas-gas yang berbahaya secara
tidak terkawal. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat
telah disenaraikan sebagai pengeluar gas karbon dioksida terbesar dunia dengan
jumlah 60005 tan. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan
penyebab utama pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api
fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran arang batu. Oleh hal yang
demikian, pihak yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut wajar
melakukan anjakan paradigma dan menyembuhkan luka yang dialamioleh bumi ini.
Masyarakat juga harus mengatasi masalah ini sebelum Nasi menjadi bubur.
KESAN
PEMANASAN GLOBAL
Selain
itu, terdapat juga beberapa kesan negatif lain akibat pemanasan global.
Contohnya, peningkatan suhu dunia yang semakin bertambah akan mengundang kepada
peningkatan risiko penyakit berjangkit terutamanya di kawasan Afrika. Hal ini
disebabkan oleh pemanasan global yang menyebabkan kemarau sering berlaku dan
akan memudahkan penyakit merebak. Selain itu, ketiadaan air yang cukup akan
menyebabkan tanaman tidak subur dan akibatnya mereka akan tiada sumber makanan
untuk dimakan sekali gus menyebabkan kebuluran berlaku.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
Seperti
yang sudah kita ketahui, pokok merupakan tumbuhan yang dapat menyerap gas CO2
dan menghasilkan oksigen. Dengan mengurangi dampak penebangan hutan secara
ilegal kita juga berperanan dalam menjaga kelestarian hutan yang saat ini
banyak mengalami kerosakan.Seterusnya, mrengurangkan penggunaan gas CFC (Cloro
Four Carbon) merupakan senyawa-senyawa yang mengandung atom karbon dengan
klorin dan fluorin terikat padanya. CFC umumnya dihasilkan oleh peralatan
pendingin udara, perlu diketahui bahwa saat ini CFC menyumbangkan 20% dalam
proses terjadinya efek rumah kaca. Oleh karenanya penggunaan CFC harus
dihentikan meskipun penggunaan CFC memang bermanfaat untuk manusia, namun perlu
diperhatikan juga dampak dari penggunaan CFC ini.Dalam mengatasi suhu ruangan
yang panas, kita dapat merancangsebuah bangunan yang mempunyai banyak ventilasi
udara sehingga tidak perlu memakai penghawa dingin agar tidak semakin
memburukkan dan menyebabkan pemanasan global terjadi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, banyak perkara yang menyebabkan
tercetusnya gejala pemanasan global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu,
setiap individu dan insan di dunia ini perlu mengamalkan semangat cinta akan
alam sekitar agar bumi yang sedang tercemar ini dapat dipulihkan semula.
Pihak kerajaan pula perlulah lebih peka terhadap masalah global yang semakin
serius ini dan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar masyarakat
lebih prihatin terhadap alam sekitar. Mahatma Gandhi pernah berkata, “kita
tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita meminjamnya
daripada anak cucu kita”. Jadi, kita berharap agar fenomena pemanasan global
yang sedang melanda dunia pada masa ini akan dapat ditangani segera agar
keselamatan dan kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan berkekalan.
LAMPIRAN
RUJUKAN
- https://eduzidna.wordpress.com/2016/03/20/kesan-rumah-hijau-dan-pemanasan-global/
- http://pemanasanglobaldsb2b.blogspot.my/
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_rumah_hijau
- http://tsislamsem2.blogspot.my/
- GAMBAR
- https://www.google.com/search?biw=1366&bih=672&tbm=isch&sa=1&ei=_PqtWuKkM5yYvQTB55SQAQ&q=kemarau&oq=kemarau&gs_l=psy-ab.3...12992.14073.0.14330.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.RMhtnGQMYrg#imgrc=D14188udxKg0mM
- https://www.google.com/search?biw=1366&bih=623&tbm=isch&sa=1&ei=DPutWpabG8nbvgSQ4qKIAw&q=asap+kilang&oq=asap+kilang&gs_l=psy-ab.3...29977.51725.0.51989.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.M9rlK-GQ1nQ#imgrc=vJnQaMfAPPuWyM:
- https://www.google.com/search?biw=1366&bih=623&tbm=isch&sa=1&ei=QfutWvX1HofWvgSR-q6QCw&q=pemakaran+hutan&oq=pemakaran+hutan&gs_l=psy-ab.3...32109.34538.0.34852.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.INJT-pZR7q4#imgrc=ryKlAsWKdc67ZM:
- https://www.google.com/search?biw=1366&bih=623&tbm=isch&sa=1&ei=iPutWtTjHMLivAT3_aDwCw&q=letusan+gunung+berapi&oq=letusan+gunung+berapi&gs_l=psy-ab.3...39216.43673.0.43944.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.m-Dfg3u0Ejs#imgrc=JRWk0dHNHYNMiM: